MADA adalah singkatan daripada MAAHAD DARUL ANWAR. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memberi ruang kepada semua bekas pelajar MADA sesi 2000-2006 untuk berhubung sesama mereka dan berkongsi maklumat, pendapat, perasaan, masalah dan macam-macam lagi. Tidak terhad kepada itu sahaja, blog ini juga dapat kite memperkukuhkan ikatan silaturahim komuniti kita sebagai bekas pelajar MADA dan saling bantu-membantu untuk menyerbarkan dakwah kepada umat sejagat….

Walaupun masih diperingkat awal, saya selaku pengarah kepada Komuniti MADA sesi 2000- 2006 ingin membangunkan satu laman blog untuk mudah sesama kita untuk berinteraksi di dalam talian internet. Oleh itu, jangan malu-malu untuk memberi pendapat atau ape sahaja yang boleh dikongsi kita bersama.

Walaupun ramai antara kita sudah membina laman blog untuk batch kita, akan tetapi blog ini merupakan blog rasmi komuniti kita setelah dicadangkan di dalam majlis reunion kita. bagi yang belum tahu, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di blog ini. kemukakan persoalan yang anda musykil dan kami pihak komiti atau tidak kira sape akan tolong menjawab pertanyaan anda...

Buat setakat ini, tidak banyak aktiviti yang kita jalankan, cuma beberapa perjumpaan sahaja, dan yang paling grand adalah waktu Majlis Reunion di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa... disini saya sertakan beberapa gambar semasa majlis tersebut berlangsung... sila lihat disini :

http://www.flickr.com/photos/mada00/

Dalam majlis perjumpaan itu juga kami telah bersepakat untuk mungumpul dana bagi komuniti kita sebanyak RM25 setahun... dengan dana ini, kita boleh mengadakan acktiviti yang lebih menarik di mase depan...

Sekian untuk permulaan….
Ade ape2 nanti saye edit balik...<3

0 comments