Pengklonan Babi dan Biri-Biri...




Masyaallah, adakah ini gambar betul?

Sesiapa yang ada maklumat mengenainya, tolong hebahkan pada semua.

Perbuatan ini adalah haram dan hati-hati jika dagingnya dijadikan makanan.

Assalamua'alaikum wr wbt.,

Tuan/puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SMU (A) Maahad Darul Anuar akan ditutup dan diserahkan kepada pihak swasta bermula Januari 2009.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Islam Kelantan akan memindahkan guru dan pelajar ke sekolah keloloan YIK yang lain. Mana-mana pelajar Tahfiz yang berminat untuk meneruskan ke pengajian tafiz bolehlah memilih sekolah berikut.
a) SMU (A) Al-Kauthar (Tahfiz Lelaki sahaja)
b) SMU (A) Tarbiah Dinniah, Bunut Sarang Burung (Tahfiz Lelaki & Perempuan)
Urusan perpindahan ini dibuat mulai sekarang di pejabat sekolah. Bersama-sama ini, pihak sekolah turut sertakan borang pilihan sekolah kepada pelajar Maahadarul Anuar untuk diisi. Sila hantarkan kembali sebelum atau pada 2 November 2008.

4. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi bahagian Hal Ehwal Murid, YIK di talian 09-7126315.

Semoga makluman ini mendapat tindakan yang sewajarnya daripada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Yang menurut perintah,
MOHD BAHARUDDIN B MOHD NOOR
Pengetua
SMU (A) Maahad Darul Anuar

________________________________________________________________________
Ape pandangan korg tentang perkare kat atas ni??
Kenape bleh jadi camni ekk???

Assalamualaikum...

Dear all friends... untuk pengetahuan kepada semua "follower" blog MADA, disebabkan beberapa setting untuk system security blog ini, hanya beberapa "follower" terpilih sahaja yang boleh memposting bahan untuk tatapan orang ramai, akan tetapi kami pihak komuniti telah bersetuju untuk memberi ruang kepada semua "follower" untuk terlibat sama dalam menyumbang post mereka untuk memeriahkan blog mada ini...

Untuk terlibat sama, anda perlulah post alamat email anda diruangan komen untuk tajuk ini... setelah saya mengupdate blog ini... anda bolehlah terus memposting mengikut kehendak anda.. tapi yang pasti maklumat2 yang ilmiah, berinformasi dan tidak melanggar hukum syarak...

Sekian sahaja... Terima kasih....



terutamanya sesiape yang berminat untuk memposting di blog mada bolehlah mengapply kepada kami. disebbabkan beberapa setting untuk keselamatan blog ini, maka tidak semua follower blog ini boleh memposting

Report & Sugesstion








Untuk lebih mendekati dan memahami kehendak rakan-rakan, kami akan mewujudkan ruangan khas untuk rakan-rakan memberi cadangan dan membuat aduan.

Segala masalah dan cadangan mengenai blog ini ataupun masalah berkaitan komuniti kite bleh la dikemukakan di dalam ruangan ini...

Cara-caranya :

1) Dengan memposting diruangan "comment" pada tajuk ini... Insyaallah kami akan melayani anda

2) Dengan mengunakan email. Sendkan email tersebut kepada saya di alamat hadie.gamerz87@gmail.com

Format tajuk :

Cadangan : [SUGGESTION ON MADA] Tajuk anda

Report : [REPORT ON MADA] Tajuk anda

P/S : Sertakan Nama Penuh & Nama Panggilan anda sebelum memulakan report atau sugesstion di ruang menulis email....

We need your details!






Kepada semua sahabat handai... seperti tajuk yang tertera diatas... kami pihak komiti MADA ingin menggumpul data maklumat peribadi anda semua sebagai rujukan... jangan takut dan segan, kami tidak akan mendedahkan mahupun memanipulasi maklumat itu untuk kepentingan peribdi... tapi untuk kemudahan untuk berkomunikasi sesama kita...

CARA-CARA UNTUK MENGISI BORANG

1) Klick pada butang BORANG MAKLUMAT PERIBADI di widget DOWNLOAD disebelah kanan
blog ini....

2) Download ke dalam komputer anda

3) Open dokumen (Excel 2003)

4) Isi borang dan save

5) Send dokumen kepada email saya : hadie.gamerz87@gmail.com

Tajuk email : [MADA] Detail

P/s : Jika anda tidak menggunaan Tajuk dan Email yang same seperti yang diberikan, Sistem email saya akan reject borang tersebut... jadi, isi sebaik dan setepat yang boleh....

Sekian, Terima Kasih...

We're love SMUDA



Nih mase kita orang nak amikk result SPM kat MML... heheheh....

Your Friendster on Our Blog!!

Assalamualaikum....

Untuk mempelbagaikan tetapan (function) dalam web ini... Ingin saye memperkenalkan sistem "friendster web link" untuk memudahkan ahli blog ini untuk melayari web friendster rakan-rakan ahli blog ini....

CARA-CARANYA

1) Copy URL daripada profile friendster anda (Gambar 1), URL friendster boleh didapati semasa membuka profile friendster kita.



2) Postingkan URL Profile friendster anda didalam ruangan comment untuk tajuk ini. URL friendster boleh didapati semasa membuka profile friendster kite (gambar 2)



Format yang dikehendaki...

Nama Sebenar : Syed Abdul Hadi b. Syed Malick (Contoh)

Nama Panggilan : Adibab (Contoh)

Friendster URL : http://profiles.friendster.com/gbwc (Contoh)

3) Selepas selesai.... sila tunggu saye update blog ini setiap pukul 11 PM... anda akan dapati paparan di bawah selepas blog ini diupdatekan..... Selamat mencuba!!



P/S : Pastikan anda tidak mengubah URL friendster anda selepas detail anda telah diberikan untuk mengelakkan masalah untuk ahli blog ini melayari friendster anda...

Penyelesaian :

Jika anda masih perlu membuat penukaran URL atau nama anda atas sebab2 tertentu, post semula detail anda melalui format ini...

Pembetulan URL

Nama Sebenar : Syed Abdul Hadi Bin Syed Malick (Contoh)

Nama Panggilan : Adibab (Contoh)

Friendster URL : URL BARU

Blog Label!

Untuk memudahkan rakan-rakan untuk mempost comment atau membina topik baru… saya dah mengkelaskan (Label) blog ini kepada beberapa bahagian…

1. Announcement; segala maklumat dari moderator dan administrator blog ini akan diberitahu disini…..

2. Media Overview; disini rakan - rakan boleh berkongsi gambar-gambar bersama rakan - rakan yang lain…

3. Isu semasa; Isu - isu semasa yang ingin dibincang atau dikongsi bersama… sekian…

4. Off-Topic; Isu-isu yang tidak berkaitan dengan komiti kita contoh : Iklan, teka-teki dan macam2 lagi yang tak berkaitan la...

P/S : pastikan anda mempost dibahagian yang betul… atau posting anda akan di delete oleh saye

Saye akan update dimase akan datang….



MADA adalah singkatan daripada MAAHAD DARUL ANWAR. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memberi ruang kepada semua bekas pelajar MADA sesi 2000-2006 untuk berhubung sesama mereka dan berkongsi maklumat, pendapat, perasaan, masalah dan macam-macam lagi. Tidak terhad kepada itu sahaja, blog ini juga dapat kite memperkukuhkan ikatan silaturahim komuniti kita sebagai bekas pelajar MADA dan saling bantu-membantu untuk menyerbarkan dakwah kepada umat sejagat….

Walaupun masih diperingkat awal, saya selaku pengarah kepada Komuniti MADA sesi 2000- 2006 ingin membangunkan satu laman blog untuk mudah sesama kita untuk berinteraksi di dalam talian internet. Oleh itu, jangan malu-malu untuk memberi pendapat atau ape sahaja yang boleh dikongsi kita bersama.

Walaupun ramai antara kita sudah membina laman blog untuk batch kita, akan tetapi blog ini merupakan blog rasmi komuniti kita setelah dicadangkan di dalam majlis reunion kita. bagi yang belum tahu, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di blog ini. kemukakan persoalan yang anda musykil dan kami pihak komiti atau tidak kira sape akan tolong menjawab pertanyaan anda...

Buat setakat ini, tidak banyak aktiviti yang kita jalankan, cuma beberapa perjumpaan sahaja, dan yang paling grand adalah waktu Majlis Reunion di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa... disini saya sertakan beberapa gambar semasa majlis tersebut berlangsung... sila lihat disini :

http://www.flickr.com/photos/mada00/

Dalam majlis perjumpaan itu juga kami telah bersepakat untuk mungumpul dana bagi komuniti kita sebanyak RM25 setahun... dengan dana ini, kita boleh mengadakan acktiviti yang lebih menarik di mase depan...

Sekian untuk permulaan….
Ade ape2 nanti saye edit balik...<3